Tuesday, February 15, 2011

Berdosakah Anak Ini?

Salam hormat dan rahayu.

Sering terpapar dimedia cetak mengenai anak yang masih kecil tidak berdosa menjadi mangsa keganasan individu atau ibu bapa yang tidak bertanggungjawab. Anak yang dilahirkan didunia ini mahu terus hidup, mahu meneruskan ketentuan Ilahi. Apakah salah mereka sehingga diabaikan kebajikan dan hak mereka untuk terus hidup. Apatah lagi mereka menjadi mangsa peperangan atau rusuhan kaum maupun rusuhan politik.




Bayi baru lahir dibuang begitu saja tanpa belas kasihan, nyawa seorang anak masih bayi mudah dipersia-siakan oleh mereka yang begitu kejam dan tidak peri kemanusiaan. Ada bayi dijual, ada kanak-kanak yang masih kecil didera, dipukul, dicabul, malah dibunuh tanpa sebab yang munasabah.


Jam delapan malam, melalui berita TV3, tersiar berita dua kanak-kanak kecil mati diracun oleh ibu kandungnya sendiri dan pihak polis sedang menjalankan sisatan untuk mencari motifnya. Persoalannya apakah sanggup ibu kandungnya meracuni anaknya sendiri tanpa sebab? hanya ibu tidak siuman saja tega melakukan perbuatan begitu.

Saturday, February 12, 2011

Semua Mahu Kembali Tenang.




Salam hormat dan rahayu.



Jalan-jalan mencari pengalaman dan luas pandangan. Apa jua tempat atau lokasi dituju untuk tujuan pelancongan mahupun menimba pengetahuan, yang penting adalah keselamatan yang perlu diutamakan. Semasa aku mengaji di luar negara dan bertugas dibanyak tempat aku memikirkan matlamat dan objektifku perlu tercapai disamping bertukar fikiran dalam kalangan rakan seperjuangan dan orang luar.


Pernah aku tersesat dan tersasur ditempat orang dalam mencari pengalaman hidup yang penuh dengan konflik masyarakat dan status quo. Yang penting disini cara pendekatan yang bijaksana dalam mengatasi sebarang kemungkinan dan risiko. Halangan atau masalah pasti berada dimana-mana, terutama melibatkan kewangan dan keselamatan diri.




Lihat saja apa yang terjadi di Negara Mesir, berlakunya protes rakyat terhadap pemerintah, membawa banyak kesulitan dan risiko yang tinggi. Seluruh rakyat bangkit mendesak Hosni Mubarak supaya letak jawatan, akibatnya negara menjadi tunggang langgang, ramai pelajar kita dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir dibawa kembali atas isu keselamatan. Desakan rakyat terhadap Hosni Mubarak supaya letak jawatan berhasil.






Reformasi rakyat Mesir berhasil dengan tidak menumpahkan darah yang serius. Hanya berlaku pergelutan dan pergaduhan sesama sendiri yang oleh dikawal pihak pemerintah. Desakan rakyat perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah, mana mungkin pemerintah membiarkan rungutan rakyat bagai angin berlalu begitu saja.


Di negara kita Malaysia apa kurangnya, sekiranya pemimpin tidak bijaksana dalam mengatasi masalah rakyat sudah pasti akan menimbulkan pelbagai reaksi yang tidak senang. Rakyat sekarang ini sudah bijak dalam menentukan masa depannya, tanpa segan silu berani mengadu dan komen tindakan pemimpin yang tidak turun padang.