Wednesday, September 14, 2011

Rantau Di Negeri Orang.





Salam hormat dan rahayu.




Pernah suatu ketika dulu aku merantau di negeri orang, jalan-jalan cari pandangan dan pengalaman, tarikh dan tahun usah aku nyatakan di sini, yang penting apakah pengalaman yang lalu memberi kesan dan kenangan padaku. Aku ke sana kerana tugas tertentu yang perlu aku selesaikan. Aku melihat pelbagai kerenah manusia di situ, antaranya sosio-budaya, dan cara mereka berfikir serta menjalani ikhtiar hidup, terutama dalam kalangan mereka yang bukan penduduk tempatan.




Maklum saja jika kita di tempat orang, tiada tempat mengadu dan tiada saudara mara pula, apa yang harus aku buat, aku sesuaikan diriku dengan tempat persekitaran, dan coba mendapatkan rakan seramai boleh untuk berinteraksi dan berkongsi pengalaman. Aku sering melihat mereka bekerja dan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan begitu gigih sekali untuk mendapatkan rezeki.




Di mana kita berada, kita perlu menguasai keadaan dan persekitaran. Jika kita ada kemampuan, berkebolehan, berpengetahuan dan dapat berinteraksi dengan mudah terhadap orang lain, pasti kita diterima dan diberi pekerjaan yang sesuai.








Ada yang sanggup bekerja apa saja untuk terus hidup asalkan tidak melanggar undang-undang, malah ada yang berjaja, ada kumpulan yang bermain muzik di jalanan, dan ada yang mengambil upah sebagai buruh. Ada juga kalangan rakyat negara ini berhijrah di luar negara antaranya Australia, New Zealand, Dubai, Japan, dan Canada. Mereka mencoba nasib untuk membina keluarga yang bahagia, sama ada menjalankan perniagaan maupun bekerja di mana-mana syarikat atau agensi.

Tuesday, September 13, 2011

Ingatkah Kita Akan Hari Kemerdekaan?





Salam hormat dan rahayu.

Add Image




Hari Ulangtahun kemerdekaan kali ke 54 telah pun berlalu, dan akan dirai bersama hari pertubuhan Malaysia yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 16 September ini. Kita perlu mengenang jasa pejuang-pejuang yang bertanggungjawab membebaskan negara daripada penjajahan British. Ramai yang terkorban kerana menentang keganasan yang mahukan kehancuran negara.







Apa jua musuh sama ada di dalam dan di luar negara, setiap rakyat perlu bersatu padu menentang mereka untuk mempertahankan kedaulatan negara ini. Kita harus berfikiran terbuka, apakah kita dijajah dalam bentuk atau perspektif yang berbeda pada kali ini. Apakah benar minda, ekonomi, pendidikan, dan kebebasan bersuara kita dibelenggu oleh keadaan atau sistem pentadbiran kita? Jawapan itu ada pada anda sendiri.


Tidak ada sesiapa pun yang inginkan kehancuran dan terperangkap dengan tindakan musuh yang cuba mengkucar-kacirkan keamanan negara ini. Cukup sudah dan serik sekali dengan peristiwa lalu yang menyebabkan konflik kaum berlaku dengan sewenang-wenangnya sehingga menyebabkan negara kita tidak stabil. Peristiwa 13 Mei adalah antara contoh yang merugikan semua pihak, apakah kita mahukan peristiwa tersebut berulang kembali?



Kita harus mempelajari impaknya supaya dapat kita membuat sesuatu atau strategi untuk mengelak daripada sebarang kemungkinan berlaku. Kita harus belajar untuk mengetahui sesuatu, kita harus belajar untuk menjadi insan sempurna agar dapat hidup bersama dalam keadaan aman dan sejahtera.

Wednesday, April 6, 2011

Apa Dah Jadi? ! ! !





Salam hormat dan rahayu




Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah pabila seseorang menghadapi kesusahan maupun menerima hukuman berat dari mahkamah. Apatah lagi hukuman itu melibatkan sebatan yang menyakitkan dan memberi bekas pada tubuh badan hingga ke akhir hayat.





Hukuman sebatan dikenakan ke atas seseorang yang didapati bersalah oleh mahkamah kerana melakukan jenayah berat yang antaranya, menjadi pengedar dadah, memiliki dadah atau memperdagangkan manusia, merogol, melindung warga asing, dan mendera kanak-kanak. Kesemuanya ini membawa padah dan hidup seseorang itu akan punah sepanjang hayat.




Ada banduan keluar masuk penjara dan tidak pernah insaf, malah bangga dengan perbuatan mereka, namun hukuman sebatan ini jika dikenakan ke atas mereka sudah tentu tidak akan lupa dalam hidupnya sepanjang hidup. Maklumlah, sebatan demi sebatan amat menyakitkan dan akan

meninggalkan parut pada tubuh hinggalah ke akhir hayat. USAHLAH KAMU CUBA MENDEKATI DENGAN APA JUA KEGIATAN JENAYAH YANG BOLEH MENDATANGKAN KECELAKAAN HIDUP DAN MEROBAH KESEJAHTERAAN KELUARGA.

Tuesday, February 15, 2011

Berdosakah Anak Ini?

Salam hormat dan rahayu.

Sering terpapar dimedia cetak mengenai anak yang masih kecil tidak berdosa menjadi mangsa keganasan individu atau ibu bapa yang tidak bertanggungjawab. Anak yang dilahirkan didunia ini mahu terus hidup, mahu meneruskan ketentuan Ilahi. Apakah salah mereka sehingga diabaikan kebajikan dan hak mereka untuk terus hidup. Apatah lagi mereka menjadi mangsa peperangan atau rusuhan kaum maupun rusuhan politik.




Bayi baru lahir dibuang begitu saja tanpa belas kasihan, nyawa seorang anak masih bayi mudah dipersia-siakan oleh mereka yang begitu kejam dan tidak peri kemanusiaan. Ada bayi dijual, ada kanak-kanak yang masih kecil didera, dipukul, dicabul, malah dibunuh tanpa sebab yang munasabah.


Jam delapan malam, melalui berita TV3, tersiar berita dua kanak-kanak kecil mati diracun oleh ibu kandungnya sendiri dan pihak polis sedang menjalankan sisatan untuk mencari motifnya. Persoalannya apakah sanggup ibu kandungnya meracuni anaknya sendiri tanpa sebab? hanya ibu tidak siuman saja tega melakukan perbuatan begitu.

Saturday, February 12, 2011

Semua Mahu Kembali Tenang.




Salam hormat dan rahayu.



Jalan-jalan mencari pengalaman dan luas pandangan. Apa jua tempat atau lokasi dituju untuk tujuan pelancongan mahupun menimba pengetahuan, yang penting adalah keselamatan yang perlu diutamakan. Semasa aku mengaji di luar negara dan bertugas dibanyak tempat aku memikirkan matlamat dan objektifku perlu tercapai disamping bertukar fikiran dalam kalangan rakan seperjuangan dan orang luar.


Pernah aku tersesat dan tersasur ditempat orang dalam mencari pengalaman hidup yang penuh dengan konflik masyarakat dan status quo. Yang penting disini cara pendekatan yang bijaksana dalam mengatasi sebarang kemungkinan dan risiko. Halangan atau masalah pasti berada dimana-mana, terutama melibatkan kewangan dan keselamatan diri.




Lihat saja apa yang terjadi di Negara Mesir, berlakunya protes rakyat terhadap pemerintah, membawa banyak kesulitan dan risiko yang tinggi. Seluruh rakyat bangkit mendesak Hosni Mubarak supaya letak jawatan, akibatnya negara menjadi tunggang langgang, ramai pelajar kita dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir dibawa kembali atas isu keselamatan. Desakan rakyat terhadap Hosni Mubarak supaya letak jawatan berhasil.






Reformasi rakyat Mesir berhasil dengan tidak menumpahkan darah yang serius. Hanya berlaku pergelutan dan pergaduhan sesama sendiri yang oleh dikawal pihak pemerintah. Desakan rakyat perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah, mana mungkin pemerintah membiarkan rungutan rakyat bagai angin berlalu begitu saja.


Di negara kita Malaysia apa kurangnya, sekiranya pemimpin tidak bijaksana dalam mengatasi masalah rakyat sudah pasti akan menimbulkan pelbagai reaksi yang tidak senang. Rakyat sekarang ini sudah bijak dalam menentukan masa depannya, tanpa segan silu berani mengadu dan komen tindakan pemimpin yang tidak turun padang.