Wednesday, September 14, 2011

Rantau Di Negeri Orang.





Salam hormat dan rahayu.




Pernah suatu ketika dulu aku merantau di negeri orang, jalan-jalan cari pandangan dan pengalaman, tarikh dan tahun usah aku nyatakan di sini, yang penting apakah pengalaman yang lalu memberi kesan dan kenangan padaku. Aku ke sana kerana tugas tertentu yang perlu aku selesaikan. Aku melihat pelbagai kerenah manusia di situ, antaranya sosio-budaya, dan cara mereka berfikir serta menjalani ikhtiar hidup, terutama dalam kalangan mereka yang bukan penduduk tempatan.




Maklum saja jika kita di tempat orang, tiada tempat mengadu dan tiada saudara mara pula, apa yang harus aku buat, aku sesuaikan diriku dengan tempat persekitaran, dan coba mendapatkan rakan seramai boleh untuk berinteraksi dan berkongsi pengalaman. Aku sering melihat mereka bekerja dan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan begitu gigih sekali untuk mendapatkan rezeki.




Di mana kita berada, kita perlu menguasai keadaan dan persekitaran. Jika kita ada kemampuan, berkebolehan, berpengetahuan dan dapat berinteraksi dengan mudah terhadap orang lain, pasti kita diterima dan diberi pekerjaan yang sesuai.








Ada yang sanggup bekerja apa saja untuk terus hidup asalkan tidak melanggar undang-undang, malah ada yang berjaja, ada kumpulan yang bermain muzik di jalanan, dan ada yang mengambil upah sebagai buruh. Ada juga kalangan rakyat negara ini berhijrah di luar negara antaranya Australia, New Zealand, Dubai, Japan, dan Canada. Mereka mencoba nasib untuk membina keluarga yang bahagia, sama ada menjalankan perniagaan maupun bekerja di mana-mana syarikat atau agensi.

No comments:

Post a Comment