Wednesday, April 4, 2012

PENGALAMANKU...


gunung merapi dari arah Candi Borobudor




Salam hormat dan rahayu.

Taktibau melabung tinggi, tempua bersarang rendah, sudah lama termimpi-mimpi, bila pula terus bermadah. Nun jauh di pulau seberang, jauh lagi ke pulau bali, cerita lama masih dikenang, cerita terkini masih tercari cari.

Pemandangan di pulau Jawa memang indah, apatah lagi jika kita terus berkunjung di kawasan pergunungan, di kawasan misteri, dan penempatan budaya Jawa klasik. Aku sering ke sana atas urusan rasmi dan peribadi. Di Jawa Tengah, terutama kota Surakarta dan Jogjakarta penduduknya ramah dan masih memegang adat budaya dan budi luhur dalam kalangan kehidupan mereka seharian.

Aku ingin berkongsi pengalaman dengan pembaca blog ini, saat aku mengikuti kirab (berarak mengelilingi kota Solo) pada 1 Suro atau pada tanggal 1 Muharram bersama rakyat dan kalangan keluarga diraja Kraton Solo, pelbagai rahasia dan perkara ruhaniah aku peroleh. 


acara kirab bermula di kraton Solo

sedang berkirab mengelilingi kraton


kembali ke kraton

Sebagai permulaan cerita, aku terus berkirab mengelilingi kraton bersama rombongan keluarga diraja sebaik saja siapnya majlis tahlil, beramal, dan berdoa awal muharram kurang lebih jam 12.00 malam. Beberapa perkara secara keruhanian sukar digambarkan kepada pembaca blog ini berkaitan pengalaman spiritual yang aku alami kerana ianya terlalu abstrak, insyaAllah aku akan jelaskan mengikut aras pemikiran biasa kelak.

1 comment: