Tuesday, September 13, 2011

Ingatkah Kita Akan Hari Kemerdekaan?





Salam hormat dan rahayu.

Add Image




Hari Ulangtahun kemerdekaan kali ke 54 telah pun berlalu, dan akan dirai bersama hari pertubuhan Malaysia yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 16 September ini. Kita perlu mengenang jasa pejuang-pejuang yang bertanggungjawab membebaskan negara daripada penjajahan British. Ramai yang terkorban kerana menentang keganasan yang mahukan kehancuran negara.







Apa jua musuh sama ada di dalam dan di luar negara, setiap rakyat perlu bersatu padu menentang mereka untuk mempertahankan kedaulatan negara ini. Kita harus berfikiran terbuka, apakah kita dijajah dalam bentuk atau perspektif yang berbeda pada kali ini. Apakah benar minda, ekonomi, pendidikan, dan kebebasan bersuara kita dibelenggu oleh keadaan atau sistem pentadbiran kita? Jawapan itu ada pada anda sendiri.


Tidak ada sesiapa pun yang inginkan kehancuran dan terperangkap dengan tindakan musuh yang cuba mengkucar-kacirkan keamanan negara ini. Cukup sudah dan serik sekali dengan peristiwa lalu yang menyebabkan konflik kaum berlaku dengan sewenang-wenangnya sehingga menyebabkan negara kita tidak stabil. Peristiwa 13 Mei adalah antara contoh yang merugikan semua pihak, apakah kita mahukan peristiwa tersebut berulang kembali?



Kita harus mempelajari impaknya supaya dapat kita membuat sesuatu atau strategi untuk mengelak daripada sebarang kemungkinan berlaku. Kita harus belajar untuk mengetahui sesuatu, kita harus belajar untuk menjadi insan sempurna agar dapat hidup bersama dalam keadaan aman dan sejahtera.

No comments:

Post a Comment